Sempadan Malaysia-Singapura perlu segera dibuka semula

Pembukaan sempadan Malaysia-Singapura mesti dilakukan dengan kadar segera kerana ia bukan sahaja melegakan rakyat kedua-dua negara tetapi juga meningkatkan kegiatan ekonomi di negara masing-masing.
Pembukaan sempadan Malaysia-Singapura mesti dilakukan dengan kadar segera kerana ia bukan sahaja melegakan rakyat kedua-dua negara tetapi juga meningkatkan kegiatan ekonomi di negara masing-masing.
A
A
A

SELURUH rakyat jelata Malaysia telah dibenarkan merentas negeri mulai 11 Oktober lalu, selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan penularan pandemik Covid-19.

Dengan tidak membataskan lagi pergerakan, sudah tentu ia membawa berita yang menggembirakan bukan sahaja kepada ramai yang ingin pulang ke kampung halaman tetapi juga mampu mempergiatkan aktiviti perniagaan terutama sekali sektor pelancongan.

Namun bagi rakyat tempatan yang mencari rezeki di Singapura, mereka sehingga hari ini masih menunggu dengan penuh sabar saat-saat pintu sempadan antara kedua-dua negara jiran dibuka semula secara rasminya.

Berdasarkan statistik terkini, terdapat seramai 215,000 rakyat Malaysia yang masih bekerja di Singapura.

Kebanyakan daripada mereka terpaksa menyewa bilik atau rumah di Singapura dengan kadar bayaran yang mahal sedangkan sebelum ini mereka boleh berulang-alik setiap hari.

Banyak perkara dikatakan masih diperhalusi oleh kerajaan Malaysia dan Singapura sebelum membuat keputusan muktamad.

Antaranya ialah soal pengiktirafan sijil vaksinasi secara bersama-sama antara kedua-dua kerajaan bagi memudahkan urusan rentas sempadan.

Apakah rakyat Malaysia di Singapura akan terus ‘terkurung’ apabila menyaksikan jumlah kes baharu penularan Covid-19 di republik itu semakin meningkat sejak minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa lalu, Singapura merekodkan lebih 3,000 kes baharu Covid-19, jumlah tertinggi sejak pandemik itu bermula tahun lalu.

Negara kita sebenarnya boleh dikatakan sudah bersedia menerima kemasukan pelancong asing apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan apabila kadar suntikan vaksin melepasi angka 90 peratus jumlah populasi dewasa negara.

Seperti menjadi amalan biasa, negara kita sudah mampu membuat persediaan dari segi memastikan pematuhan kepada produser operasi standard (SOP) sedia ada, lebih-lebih lagi majoriti rakyat Malaysia dan Singapura sudah divaksin.

Pembukaan sempadan Malaysia-Singapura mesti dilakukan dengan kadar segera.

Ini kerana ia bukan sahaja melegakan rakyat kedua-dua negara tetapi juga meningkatkan kegiatan ekonomi di negara masing-masing.