X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Jangkitan Covid-19 turun kepada 6,145 kes hari ini

KKM rekodkan sebanyak 6,145 kes baharu positif Covid-19 hari ini. - Foto 123RF
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 di Malaysia mencatatkan penurunan pada Ahad iaitu 6,145 berbanding Sabtu sebanyak 7,509 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah baharu itu menjadikan keseluruhan kes Covid-19 adalah 2,390,687 kes.

Menurutnya, sebanyak 97.7 peratus daripada 6,145 kes harian yang dilaporkan terdiri daripada pesakit kategori satu dan dua.

"Sebanyak 142 kes (2.3 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

"6,003 kes iaitu 97.7 peratus lagi terdiri daripada kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 682 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 640 kes disahkan Covid-19 dan 42 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

"Sementara itu, kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 350 kes iaitu 281 kes disahkan Covid-19 dan 69 kes lagi disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan," kata beliau.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak sembilan kluster baharu dilaporkan dengan enam daripadanya melibatkan kluster tempat kerja manakala dua kluster melibatkan komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

"Sebanyak 4,996 kluster telah tamat dan 676 kluster masih aktif," katanya.

Tambah beliau, sehingga jam 12 tengah hari Ahad, terdapat 9,231 kes sembuh.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 2,270,520 kes atau 95 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan Covid-19," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!