Industri bioperubatan terap peralihan model perniagaan: Pakar

Ancaman pandemik itu telah menyebabkan orang ramai melihat model perniagaan industri bioperubatan baharu dan perkhidmatan perubatan sudah beralih daripada berpusat kepada perkhidmatan peribadi untuk memenuhi keperluan individu. - Foto 123rf
Ancaman pandemik itu telah menyebabkan orang ramai melihat model perniagaan industri bioperubatan baharu dan perkhidmatan perubatan sudah beralih daripada berpusat kepada perkhidmatan peribadi untuk memenuhi keperluan individu. - Foto 123rf
A
A
A

PERKHIDMATAN perubatan yang cekap, khusus dan disepadukan adalah trend penjagaan kesihatan baharu semasa ketika pandemik Covid-19, kata seorang pakar daripada Industrial Technology Research Institute (ITRI), Taiwan.

Naib Presiden ITRI, Dr Lin Chii-Wann dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, ancaman pandemik itu telah menyebabkan orang ramai melihat model perniagaan industri bioperubatan baharu dan perkhidmatan perubatan sudah beralih daripada berpusat kepada perkhidmatan peribadi untuk memenuhi keperluan individu.

"Teknologi masa kini telah menjadi pendorong utama untuk mempercepatkan pembangunan ‘meditech’ (teknologi perubatan) pintar untuk menjadikan peralatan perubatan lebih cerdas, ringkas dan mudah digunakan di rumah dan di tempat tidur," kata Lin yang juga Pengarah Teknologi Bioperubatan dan Makmal Penyelidikan Peranti ITRI.

Beliau berkata demikian pada sesi webinar ‘Smart Medical and Biotesting Webinar’ yang berlangsung pada Khamis.

Webinar selama satu jam itu adalah sebahagian daripada siri acara yang diadakan oleh Taiwan Excellence untuk menekankan kekuatan yang dimiliki Taiwan dan untuk meningkatkan keterlihatannya dalam pasaran antarabangsa.

Sebagai tindak balas terhadap trend penjagaan kesihatan, webinar tersebut turut memberi maklumat mengenai aplikasi dibangunkan Taiwan daripada ujian saringan untuk Covid-19, peringkat awal penyakit hingga peranti percetakan perubatan 3D.

Sebagai pengeluar instrumen penulenan asid nukleik berasaskan manik nanomagnetik terbesar di Taiwan, Taiwan Advanced Nanotech (TANBead) menekankan bahawa Covid-19 telah menjadikan pengujian asid nukleik sebagai peralatan yang sangat diperlukan untuk pencegahan pandemik itu di seluruh dunia.

Pengesanan asid nukleik yang ditekankan oleh TANBead mempunyai ketepatan lebih tinggi yang dapat mengurangkan tempoh jurang atau hasil positif/negatif palsu berbanding dengan pemeriksaan pantas untuk pengesanan antibodi atau antigen.

Artikel Berkaitan:

Inovasi lain yang dipersembahkan pada webinar tersebut merangkumi MiiCraft Prime dan Pencetak 3D Optik siri Optik Young Optics, Penyelesaian Diagnostik EZYPRO Arrhythmia Sigknow Biomedical dan penyelesaian Acti-PRP dan A-BMC Aeon Biotherapeutics yang digunakan dalam perubatan regeneratif. - Bernama