Bajet 2022: Rehda anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion

Rehda anggarkan sasaran perbelanjaan pembangunan (DE) dalam Bajet 2022 adalah antara RM60 bilion dan RM65 bilion.
Rehda anggarkan sasaran perbelanjaan pembangunan (DE) dalam Bajet 2022 adalah antara RM60 bilion dan RM65 bilion.
A
A
A

PERSATUAN Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menganggarkan sasaran perbelanjaan pembangunan (DE) dalam Bajet 2022 adalah antara RM60 bilion dan RM65 bilion dan mungkin melibatkan pelaksanaan DE yang belum digunakan pada 2021.

Menurut nota penyelidikan CGS-CIMB pada Jumaat, berdasarkan pandangan Rehda, keutamaan dalam Bajet 2022 adalah pelaksanaan rancangan yang jelas berkaitan DE berjumlah RM400 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) berikutan keseluruhan kontraktor dan pembekal industri rel akan dihadkan melibatkan status projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3), yang tiada dalam RMK12.

“Kebaikan jangka pendeknya ialah apabila sekatan pergerakan ditamatkan, sektor pembinaan termasuk kontraktor dan bahagian pembangunan hartanah mendapat manfaat dengan serta-merta daripada kestabilan rantaian bekalan domestik industri pada suku keempat 2021,” menurut firma penyelidikan itu.

Senada dengan Rehda, CGS-CIMB berkata, prospek penambahan semula sektor pekerjaan dijangka semakin baik secara beransur-ansur pada suku keempat 2021 dan separuh pertama tahun depan.

Bagaimanapun, katanya pelaksanaan kontrak mega baharu berskala besar mungkin memerlukan sedikit masa untuk bermula berikutan pembiayaan yang terhad.

“Rehda mengulangi pandangannya bahawa ia optimis namun berhati-hati terhadap projek MRT3, yang mana sekiranya dimulakan pada awal 2022, ia amat memberi kelegaan kepada kontraktor dan pembekal rel selain menyediakan pemangkin pembangunan di sepanjang jajaran itu,” katanya.

Oleh itu, firma penyelidikan itu menyaksikan potensi yang lebih cerah bagi sektor berkenaan pada suku keempat 2021 yang bergantung kepada Bajet 2022.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan sedang mencari alternatif dan cadangan untuk menggantikan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur (KL)-Singapura dengan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) domestik antara KL dan Iskandar Puteri, dan KL ke wilayah utara negara dan Bangkok, Thailand. - Bernama

Artikel Berkaitan: