Cubaan seludup seluar trek jenama antarabangsa gagal

Cubaan menyeludup 1,149 helai seluar trek jenama antarabangsa bernilai RM80,430 berjaya digagalkan oleh Batalion 7 PGA Kuantan, di Rantau Panjang pada Khamis.
Cubaan menyeludup 1,149 helai seluar trek jenama antarabangsa bernilai RM80,430 berjaya digagalkan oleh Batalion 7 PGA Kuantan, di Rantau Panjang pada Khamis.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Cubaan menyeludup 1,149 helai seluar trek jenama antarabangsa bernilai RM80,430 digagalkan oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan, di sini pada Khamis.

Rampasan barangan tersebut dilakukan PGA selepas menahan sebuah pacuan empat roda dipandu seorang lelaki tempatan di tepi jalan Rantau Panjang-Pasir Mas pada jam 2 petang.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM200,430.

"Semasa melakukan rondaan rutin, anggota PGA melihat sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota bertugas kemudian menahan pacuan empat roda itu untuk membuat pemeriksan lanjut," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Menurutnya, sambil disaksikan oleh pemandu, anggota PGA membuat pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan tersebut.

Beliau berkata, PGA kemudian menjumpai enam guni berwarna kuning yang berisi seluar trek jenama antarabangsa.

Azhari berkata, kesemua barangan rampasan dibawa balik ke Kompeni Taktikal PGA Rantau Panjang untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Semakan lanjut dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kelantan mendapati pemandu tersebut melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

"Semasa ditahan, pemandu kenderaan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen," katanya.