Suami, isteri direman bantu siasatan kes bunuh Nur Aisyah Aleya

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim (kiri) menunjukkan gaung di Gunung Raya lokasi mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan pagi semalam. - Foto Bernama
Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim (kiri) menunjukkan gaung di Gunung Raya lokasi mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan pagi semalam. - Foto Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan mayat kanak-kanak perempuan tiga tahun di dalam sebuah gaung di Gunung Raya di sini di lokasi yang terletak kira-kira sembilan meter dari jalan raya, pagi semalam.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Ridzwan Salleh di Mahkamah Majistret Langkawi, di sini, hari ini.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang juga pasangan suami isteri itu tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira 9 pagi sebelum beredar kira-kira 10.45 pagi.

Pasangan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun itu direman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam polis hanya menemui tengkorak dan sedikit cebisan rambut Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang oleh ibu kandungnya Ahad lepas.

Tengkorak dan cebisan mayat kanak-kanak yang dipercayai dibunuh itu ditemui di dalam sebuah gaung di Gunung Raya di sini di lokasi yang terletak kira-kira sembilan meter dari jalan raya,

Seorang suspek lelaki berusia 37 tahun yang ditahan berkaitan kes kehilangan kanak-kanak perempuan itu telah membawa polis ke lokasi di mana mayatnya dikatakan dibuang. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Kehilangan Nur Aisyah Aleya terjawab

Anak hilang selepas hubungan cinta terbongkar