SPRM kesan Siti Liyana Sakijan bantu siasatan kes

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan wanita berkenaan dikenali sebagai Siti Liyana Sakijan, 31, dan beralamat terakhir di No 51, Jalan Hjh Jamrah, Kg Sri Desa, 86100 Ayer Hitam, Johor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Jayaraj Rajan di talian 016-6371082 atau e-mel kepada jayaraj@sprm.gov.my. - Bernama