Anak hilang selepas hubungan cinta terbongkar

Seorang kanak-kanak perempuan hilang dipercayaikan dilarikan sepasang suami, isteri.
Seorang kanak-kanak perempuan hilang dipercayaikan dilarikan sepasang suami, isteri.
A
A
A

[TERKINI] ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun dikhuatiri hilang dipercayai dilarikan teman lelaki ibunya di Kuaters Hospital Langkawi, di sini, sejak minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pembantu restoran membuat laporan polis kira-kira jam 12.08 tengah malam, semalam apabila menyedari anaknya anak perempuannya, Nur Aisyah Aleya Abdullah, yang berada di bawah jagaan teman lelakinya itu hilang.

"Siasatan awal mendapati ibu mangsa yang juga merupakan warga Indonesia yang berusia 31 tahun itu menjalinkan hubungan cinta dengan suspek selepas berkenalan pada awal November di Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata, wanita itu kemudiannya datang ke Langkawi untuk bekerja dan tinggal di kediaman suspek bersama isterinya di kuarters hospital itu.

Mohd Iqbal berkata, bagaimanapun, isteri suspek yang merupakan seorang jururawat akhirnya dapat menghidu hubungan mereka pada awal Januari lepas.

Katanya, wanita itu kemudiannya dihantar ke tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, namun anaknya tidak diserahkan kepadanya.

"Pada hujung Februari lalu, wanita itu ke rumah suspek untuk mencari anaknya. Bagaimanapun dia mendapati anak perempuannya tiada di rumah tersebut dan dimaklumkan telah diberikan kepada pihak lain yang tidak dikenali.

Mohd Iqbal berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan di rumah dan tempat kerja isteri suspek, namun kedua suspek gagal ditemui.

Artikel Berkaitan:

"Kedua suspek masing-masing berusia 37 dan 40 tahun dipercayai melarikan kanak-kanak itu. Kini usaha mengesan mereka sedang dilaksanakan," katanya.

Kata Mohd Iqbal, hebahan menerusi Nur Alert juga telah diaktifkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak.