Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM28.11 bilion daripada RM36.75 bilion pagi ini, sementara bagi dana Islam, ia merosot kepada RM22.50 bilion daripada RM25.60 bilion semalam.

Awal Rabu, bank pusat menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional, tender repo dan tender program komoditi Murabahah.

Ia juga mengendalikan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) serta tender repo berbalik.

BNM menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM21.5 bilion daripada RM17.9 bilion.

Pada jam 4 petang, BNM mengadakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM28.1 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM21.5 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.

Kadar faedah semalaman Islam purata ialah pada 1.72 peratus, sementara kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.81 peratus, dan 1.85 peratus. -Bernama

Artikel Berkaitan: