Piala Dunia 2022 terakhir buat Neymar

NEYMAR
NEYMAR
A
A
A

NEYMA memberikan bayangan akan bersara daripada mewakili pasukan kebangsaan Brazil selepas saingan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Menurut Neymar, dia sudah tidak mampu dan tidak mempunyai kekuatan mental untuk terus beraksi di peringkat antarabangsa selepas saingan di Qatar itu.

"Saya melihatnya sebagai yang terakhir kerana saya tidak tahu adakah saya mempunyai kekuatan mental untuk bermain bola sepak lagi.

"Jadi, saya akan melakukan segala-galanya untuk berada pada prestasi terbaik, melakukan segala-galanya untuk menang dengan negara saya, untuk merealisasikan impian terbesar saya sejak saya kecil.

"Dan saya harap saya dapat melakukannya," katanya dalam satu dokumentari bertajuk 'Neymar and The Line of Kings'.

Qatar 2022 akan menjadi kejohanan dunia ketiga buat Neymar selepas dia melakukan penampilan pada edisi 2014 dan 2018.

Neymar telah menjaringkan 69 gol dalam 113 penampilan buat Brazil sejak melakukan debut pada Ogos 2010.

Brazil ketika ini berada di landasan terbaik untuk menempah tiket ke Qatar selepas berada di kedudukan teratas kumpulan dalam kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan dengan merekodkan sembilan kemenangan daripada 10 perlawanan.

Artikel Berkaitan: