Polis buru dua suspek curi barang dalam kereta

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan rumah mangsa di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang pada Sabtu.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan rumah mangsa di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Polis memburu dua lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri barangan dalam sebuah kereta di hadapan sebuah rumah di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berhubung kejadian tersebut.

"Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berada di dalam kenderaan di hadapan rumahnya yang beralamat di Pandamaran Jaya.

"Mangsa didatangi seorang individu memakai baju-T putih dan terus membuka pintu kereta tersebut sebelum mengambil beg galas mangsa yang mengandungi dompet, tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama serta wang tunai bernilai RM300," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang rakannya.

"Jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM2,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Asisten Superintenden Zamrus Zakaria di talian 019-6892777 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana- mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: