Hina nabi: Beri penerangan kepada bukan Islam

Jhangir (kiri) dan Nazry (kanan) menunjukkan repot polis yang dibuat hari ini.
Jhangir (kiri) dan Nazry (kanan) menunjukkan repot polis yang dibuat hari ini.
A
A
A

BALING - Golongan bukan Islam wajar diberikan penerangan berkaitan keindahan Islam supaya tidak isu penghinaan agama Islam tidak lagi timbul.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Penduduk Baling (Perkeba), Jhangir Khan Kathem Khan berkata, tanggungjawab itu perlu dimainkan secara menyeluruh oleh semua jabatan berkaitan agama Islam termasuklah para ilmuan.

Menurutnya, golongan berkenaan perlu diberikan pendedahan supaya mereka mengenali Islam, Nabi Muhammad serta ahli keluarga baginda dengan lebih mendalam.

"Mereka perlu diterangkan apa itu Islam, siapa Nabi Muhammad S.A.W termasuklah siapa isteri baginda khususnya Ummu al Mukminin Aisyah Abu Bakar," katanya.

"Penerangan seumpama ini dapat memberikan pemahaman kepada mereka tentang kesucian agama Islam. Langkah ini mungkin dapat hindarkan kita daripada benda-benda macam itu (lihat Islam dihina)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian di pekan Baling, selepas membuat repot polis bersama Setiausaha Kehormat Perkeba, Mohd Nazry Md Bidin terhadap individu menghina Nabi Muhammad S.A.W di Balai Polis pekan Baling, hari ini.

Bagaimanapun katanya, golongan bukan Islam diingatkan supaya tidak melakukan provokasi kepada Muslim demi menjaga keamanan yang telah dikecapi.

"Satu peringatan kepada individu-individu tertentu, jangan sengaja bermain api dengan berterusan menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Artikel Berkaitan:

"Jika penghinaan kepada Nabi Muhammad dan Islam terus berlaku, kebangkitan umat Islam seperti mana himpunan besar-besaran menentang ICERD tidak mustahil berulang," katanya.