Baca al-Quran, zikir rahsia kekal sihat di usia 108 tahun

Ahmad Fadzli bersama Mardzi di rumahnya dekat Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda Kedah.
Ahmad Fadzli bersama Mardzi di rumahnya dekat Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda Kedah.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Amalan membaca Al-Quran dan berzikir menjadi antara rutin yang dilakukan Mardzi Abu Bakar untuk kekal sihat pada usia 108 tahun sekali gus dinobatkan wanita tertua di Kedah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim berkata, rahsia itu dikongsi ibu kepada lapan orang anak tersebut ketika melakukan kunjungan di rumahnya dekat Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda pada Rabu.

Menurutnya, antara amalan lain yang dikongsikan warga emas itu termasuk mengamalkan pemakanan sihat dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran, ulam-ulaman dan ikan.

"Amalan rutin yang dilakukan ialah sentiasa membaca Al-Quran dan berzikir menjadikannya kekal sihat selain mementingkan pengambilan makanan berkhasiat.

"Beliau yang memiliki 30 orang cucu dan 11 cicit itu dikatakan seorang yang sentiasa tenang kerana tidak pernah marah serta mengasihi anak serta menantu secara adil dan sama rata," katanya.

Mardzi menerima kehadiran Halimaton (kanan) dan Ahmad Fadzli (kiri) pada Rabu.
Mardzi menerima kehadiran Halimaton (kanan) dan Ahmad Fadzli (kiri) pada Rabu.

Mardzi dilahirkan pada 9 September 1913 dan dilihat masih bertenaga dengan mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik.

Beliau tidak pernah menerima pendidikan formal namun sentiasa memantapkan ilmu agama dengan mengikuti pengajian selain berdampingan dengan tokoh ilmuan dan bersahabat dengan rakan yang membawa ke arah kebaikan.

Artikel Berkaitan:

Mardzi dan arwah suaminya mengusahakan sawah padi bagi membesarkan anak-anak sehinggakan kesemua mereka berjaya dalam bidang yang diceburi.

Beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Warga Emas Tertua Negeri Kedah, Kategori Wanita sempena Sambutan Hari Warga Emas baru-baru ini.

Anugerah disampaikan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan Kedah, Halimaton Shaadiah Saad di