X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Demi Malaysia! Malaysia Boleh!

CHONG WEI
A
A

SELEPAS mempamerkan aksi menakjubkan pada Piala Sudirman, skuad badminton negara diharap dapat mengekalkan momentum sama ketika beraksi pada Piala Thomas dan Uber di Aarhus, Denmark.

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkata, barisan pemain muda Malaysia tidak harus gentar apabila turun ke gelanggang biarpun kali pertama beraksi pada kejohanan berpasukan itu.

“Ramai yang kali pertama menyarung baju Malaysia di Piala Thomas dan Piala Uber, sudah pasti anda akan terasa cemas, apatah lagi Piala Thomas ibarat piala negara.

“Tidak dinafikan kebanyakan generasi saya menceburi sukan ini setelah menyaksikan kemenangan skuad negara pada tahun 1992.

“Angkat tangan siapa tidak pernah menonton winning smash Soo Beng Kiang yang menggemuruhkan negara? Kebetulan kali ini, anak saudaranya, Soh Wooi Yik pula yang menggalas tanggungjawab sebagai beregu utama negara.

“Jadi buatlah yang terbaik. Jangan bagi tekanan kepada diri sendiri, terutamanya selepas prestasi baik di Piala Sudirman. Imbas kembali persembahan terbaik anda dan cuba mengatasinya, demi lambang di dada.

“Jangan silap, perasaan cemas yang kamu rasa itu bukan nervous sebenarnya, tetapi teruja, excited, untuk mempersembahkan yang terbaik anda. Kami seluruh rakyat Malaysia akan menyokong kamu! Demi Malaysia! Malaysia Boleh!” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya pada Sabtu.

Dalam saingan Piala Thomas, skuad negara dijadualkan berdepan Kanada pada 13 Oktober sebelum menentang Jepun pada 14 Oktober.

Skuad Piala Uber negara pula berdepan tuan rumah, Denmark pada 9 Oktober diikuti China (10 Oktober) dan Kanada (12 Oktober).

Sementara itu Chong Wei meminta agar semua rakyat Malaysia sama-sama menyokong skuad muda negara pada Piala Thomas dan Uber kali ini.

Bagaimanapun, Chong Wei berharap rakyat negara ini tidak lagi mengeluarkan komen atau hujah berbaur rasis, mencarut dan sebagainya.

“Time turun gelanggang, memang lupa yang kami ini Melayu ke, Cina ke, India ke, tetapi Malaysian against the world. Kami sekadar rakyat Malaysia yang mencuba sedaya upaya untuk negara.

“Kepada sesiapa yang begitu pandai nak rasis-rasis, mai Chong Wei pinjamkan raket, lu turun gelanggang main,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!