Johor sediakan RM12 juta untuk program sukan

Hasni Mohammad (tiga kanan) menyerahkan sijil Anugerah Penggredan Persatuan Sukan Negeri Johor sempena pelancaran Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Johor di Iskandar Puteri, pada Sabtu.
Hasni Mohammad (tiga kanan) menyerahkan sijil Anugerah Penggredan Persatuan Sukan Negeri Johor sempena pelancaran Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Johor di Iskandar Puteri, pada Sabtu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Lebih RM12 juta diperuntukkan untuk melaksanakan pelbagai program sukan di Johor dalam tempoh beberapa tahun ini.

Menteri Besarnya, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, satu daripadanya melaksanakan Johor Masterplan 2030 dalam untuk menjadikan negeri ini sebagai kuasa utama bidang sukan dalam rantau ini.

"Kesan Johor Masterplan 2030 bukan sahaja menjadikan sukan sebagai gaya hidup, malah memberi limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan.

"Selain itu, kita juga kita memperuntukkan RM5 juta bagi Program GRIT Johor 2030 dalam usaha mempersiapkan acara sukan dan atlet.

"Sementara RM1.52 juta lagi bagi pemerkasaan persatuan sukan supaya pengurusannya lebih sistematik selaras dengan garis panduan ditetapkan Majlis Sukan Negeri Johor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Hari Sukan Negara (HSN2021) Peringkat Negeri Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri di sini pada Sabtu.

Kata beliau, bagi memastikan Johor tidak ketandusan atlet baharu, RM2.53 juta diperuntuk untuk pelaksanaan program GOLD iaitu program pembangunan atlet pelapis.

Pihaknya juga komited meluluskan peruntukan RM2.5 juta bagi memastikan Majlis Sukan Daerah dan Persatuan Sukan Negeri Johor mampu menerapkan budaya sukan dalam kalangan rakyat.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, sebanyak RM500,000 disediakan untuk menyokong usaha merakyatkan sukan melalui penganjuran Karnival Sukan Makmur XTIF Johor.

"Aktiviti sukan bukan hanya untuk gaya hidup dan pembangunan atlet semata-mata, malah mampu menjadi sumber ekonomi baharu negeri iaitu dengan menganjurkan acara Sports Tourism," katanya.

Sementara itu, Hasni turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya yang bertaraf bandar raya menambah pelbagai fasiliti sukan khususnya di kawasan taman-taman awam.

"Selain memastikan kemudahan yang tersedia berada dalam keadaan yang sempurna untuk digunakan masyarakat, PBT juga boleh menambah pelbagai fasiliti khususnya yang melibatkan sukan-sukan baharu,'' katanya.