Cara pelaporan berita nahas jalan raya perlu diubah

Yusof dalam program Sepetang Bersama MIROS – Bicara Kewartawanan & Laporan Nahas Jalan Raya
Yusof dalam program Sepetang Bersama MIROS – Bicara Kewartawanan & Laporan Nahas Jalan Raya
A
A
A

SHAH ALAM - Pelaporan berita nahas jalan raya perlu lebih bersifat konstruktif bagi menimbulkan kesedaran orang ramai berkenaan punca berlaku kejadian tersebut sekali gus mengelakkannya daripada berulang.

Pegawai penyelidik kanan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Yusof Ghani berkata, ketika ini laporan berkaitan insiden tersebut, kebanyakan lebih menawarkan cerita sensasi berbanding menunjukkan sebab dan jalan penyelesaian.

“Ada sesetengah media apabila mereka melaporkan berita berkaitan pelanggaran atau nahas jalan raya, 'intro' atau 'lead' lebih tertumpu kepada cerita sensasi dan bukannya laporan secara terus seperti yang dilakukan di luar negara.

“Tapi kalau ikut kewartawanan konstruktif, ada satu aspek yang ditambah selain 5W 1H (apa, di mana, bila, siapa, mengapa dan bagaimana) iaitu what now (apa selepas itu) yang mempunyai elemen penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Sepetang Bersama MIROS – Bicara Kewartawanan dan Laporan Nahas Jalan Raya yang diadakan secara dalam talian pada Jumaat.

Program yang dikendalikan oleh Zuhaidi Jawi itu turut menampilkan wartawan bebas Shahrim Tamrim.

Sementara itu, Shahrim berkata, penggunaan perkataan kemalangan yang kerap digunakan dalam pelaporan berita nahas jalan raya adalah tidak tepat kerana ia seolah membawa gambaran bahawa kejadian itu tidak dapat dielakkan.

“Kebanyakan nahas jalan raya kalau kita lihat berpunca daripada masalah manusia itu sendiri, jalan raya dan pelbagai lagi di mana ia boleh dielakkan.

Artikel Berkaitan:

“Kalau kita menggunakan perkataan kemalangan ia seolah-olah perkara tersebut memang tidak boleh dielak,” katanya.