PRN di Melaka tidak sesuai diadakan: Gerakan

Dr Dominic
Dr Dominic
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyifatkan pilihan raya negeri (PRN) Melaka tidak sesuai diadakan ekoran risiko jangkitan Covid-19 yang masih tinggi.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, perkara itu dilihat tidak wajar kerana kerana mengambil kira isu keselamatan rakyat.

"Walaupun masih lagi menunggu pengumuman daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita menganggap langkah mengadakan PRN buat masa ini tidak sesuai kerana kita sedia maklum negara masih dalam tempoh fasa pemulihan malah kita masih belum dapat mengawal sepenuhnya Covid-19.

"Tambahan pula masih masih terdapat lagi penularan varian Covid-19 baharu yang membimbangkan iaitu varian Delta dan Beta. Kita tidak mahu proses pemulihan negara terencat disebabkan tindakan ADUN yang tidak bertanggungjawab, "katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Gerakan Terengganu yang diadakan secara dalam talian, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi Gerakan Terengganu, Wong Kim Su dan

Ketua Wanita Gerakan Terengganu, Sally Leong New Chan.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar tindakan empat ADUN berkenaan yang mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan pada Isnin lalu.

"Tindakan pembangkang bersama empat ADUN di Melaka yang menarik sokongan adalah tidak bertanggungjawab dalam tempoh negara masih berjuang berdepan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun begitu, kita menganggap segala perubahan yang berlaku ini merupakan normal baharu politik yang berlaku buat masa ini seperti yang berlaku ketika perubahan tampuk pemerintahan kerajaan di Perak sebelum ini," katanya.

Isnin lalu, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Tiga ADUN terbabit ialah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).