Aktiviti sewa skuter halang laluan orang ramai: Polis Kelantan

Shuhaimi menunjukkan skuter elektrik yang disita.
Shuhaimi menunjukkan skuter elektrik yang disita.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengusaha skuter di negeri ini disaran memohon permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membolehkan mereka beroperasi dengan syarat tertentu tanpa mengganggu orang awam dan lalu lintas.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superitendan Shuhaimi Jusoh berkata, aktiviti itu menghalang laluan orang ramai dan membahayakan pengguna jalan.

"Sepatutnya skuter elektrik tidak boleh berada di atas jalan raya kerana tidak mengikut spesifikasi kenderaan yang betul," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, melalui operasi di kawasan Lembah Sireh, malam Jumaat, sebanyak 15 skuter elektrik di sita oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI).

Sementara itu, seorang pengusaha skuter yang berumur 34 tahun memberitahu, dia mengusahakan perniagaan sewaan kenderaan itu sebagai inisiatif tambahan untuk mencari dana bagi menyiapkan rumah anak yatim yang dibina di Pasir Mas.

Bagaimanapun, pengusaha terbabit dikenakan kompaun oleh MPKB-BRI kerana menjalankan kegiatan sewa skuter elektrik tanpa mempunyai dokumen yang dikeluarkan oleh PBT.

Selain anggota polis, operasi tiga jam bermula jam 9 malam itu turut membabitkan Penguatkuasa Jabatan Hal ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Tambah Shuhaimi, JAHEAIK turut mengeluarkan lapan saman kepada wanita supaya hadir sesi khidmat nasihat kerana berpakaian mencolok mata selain 18 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal, kereta dan basikal atas pelbagai kesalahan.

Artikel Berkaitan: