X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

RM84 juta untuk pembangunan Kampung Baru Cina

Kerajaan memperuntukkan RM84 juta bagi pembangunan Kampong Baru (Cina) bagi 2021 untuk kemudahan infrastruktur dan komuniti di kawasan itu.Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM84 juta bagi pembangunan Kampong Baru (Cina) bagi 2021 untuk kemudahan infrastruktur dan komuniti di kawasan itu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, daripada peruntukan itu, RM69 juta adalah untuk program pembangunan infrastruktur, RM5 juta untuk program bantuan baik pulih rumah dan RM10 juta untuk skim pinjaman khas penduduk Kampong Baru.

“Sehingga kini, terdapat 613 Kampung Baru di seluruh Malaysia terdiri daripada tiga kategori iaitu kampung baru yang diwujudkan semasa darurat bagi mengatasi ancaman komunis, kampung baru rangkaian iaitu penempatan masyarakat Cina di pinggir bandar dan kampung nelayan atau kampung bagan yang menempatkan masyarakat Cina yang bekerja sebagai nelayan,” katanya.

Menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) berhubung perkara itu di Dewan Rakyat pada Khamis Ismail berkata, hingga 1 September 2021 sebanyak 216 projek pembangunan infrastruktur kecil di Kampung Baru sedang dilaksanakan melibatkan peruntukan RM19.8 juta.

Beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang berbincang dengan Kementerian Perpaduan Negara bagi mencari pendekatan lebih baik untuk meletakkan Kampung Baru berkenaan di bawah kementerian lain demi meningkatkan perpaduan dan merapatkan hubungan penduduk Kampung Baru dengan masyarakat.

Sementara itu, pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata setakat 30 Sept 2021 sebanyak 79 projek perumahan swasta meliputi 17,724 unit rumah disahkan sebagai terbengkalai di Semenanjung mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta118).

Jumlah itu melibatkan 11,824 pembeli, katanya.

Beliau berkata, 82 peratus atau 65 projek daripada jumlah keseluruhan projek yang terbengkalai adalah disebabkan tahap kewangan syarikat yang lemah.

Reezal Merican memberitahu, antara kaedah pemulihan dan penyelesaian projek perumahan terbengkalai yang diambil oleh pihak kementerian bagi membantu meringankan beban pembeli ialah kaedah pengantaraan dan pemulihan melalui penyelesaian dengan pembeli iaitu menjual semula rumah kepada pihak pelikuidasi. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!