Polis cari Alvin

Alvin
Alvin
A
A
A

NIBONG TEBAL- Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai Alvin Arokkiesami,28, bagi memberi keterangan berhubung perbicaraan kes mahkamah bersabit kesalahan dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, lelaki yang tinggal di alamat terakhir di No 114 Persiaran Beduk, Taman Sri Aman, Sungai Bakap di sini merupakan saksi semasa rampasan dadah dibuat.

Menurutnya, lelaki berkenaan amat diperlukan untuk memberi keterangan dan membantu siasatan dalam perbicaraan yang akan diadakan di mahkamah pada 25 Mac depan.

"Dia dikehendaki untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan dalam masa terdekat sebelum tarikh sebutan kes ini pada 25 Mac ini yang akan dijalankan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berabahaya 1952,"katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Shafee berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan atau menghubungi Inspektor Noor Amera Mohd Nawi dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di talian 04-5858222.

Artikel Berkaitan: