Karat 100 tahun itulah yang 'mahal'

Mohd Shanusi kini mempunyai tiga koleksi basikal tua.
Mohd Shanusi kini mempunyai tiga koleksi basikal tua.
A
A
A

KUALA PILAH - Meskipun dianggap sebagai besi buruk, seorang anggota polis sanggup membeli sebuah basikal tua pada harga RM300 kerana menyedari nilainya.

Basikal yang usianya dianggarkan lebih 100 tahun itu dibeli Mohd Shanusi Saari, 35, daripada seorang wanita warga emas di sebuah kampung di sini tiga tahun lalu.

Dia yang sememangnya meminati basikal tua memberitahu, sebagai peminat basikal tua, karat itu dianggap sebagai satu 'aset' dan mempunyai nilai tersendiri.

"Karat itulah yang 'mahal', kerana nak dapatkan karat asli macam itu kita perlu tunggu 100 tahun.

Gear basikal lama dimiliki Mohd Shanusi.
Gear basikal lama dimiliki Mohd Shanusi.

"Memang ada setengah orang kata nampak ia sudah buruk, tapi harga basikal tua mencecah ribuan ringgit dan basikal saya sendiri ada yang sanggup beli pada harga RM1,500," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun kata Mohd Shanusi, dia tidak berhasrat menjual basikal itu kerana pemilik asalnya sudah memberi amanah supaya menjaganya baik-baik.

Ujarnya, basikal tua yang dibeli itu merupakan peninggalan arwah ayah pemiliknya yang digunakan untuk pergi bekerja.

Artikel Berkaitan:

"Tiga kali saya pujuk mak cik itu (pemilik) supaya menjual basikal tersebut kepada saya, akhirnya dia bersetuju setelah rumahnya dipecah masuk untuk mencuri basikal terbabit.

Mohd Shanusi melihat lampu basikal tuanya.
Mohd Shanusi melihat lampu basikal tuanya.

"Ketika itu, keadaan kondisi basikal itu memang tak boleh bergerak langsung dan sudah karat sepenuhnya," katanya.

Dia kemudian menghantar servis basikal berkenaan dengan menukar tayar dan tempat duduknya sahaja.

Menurutnya, dia kini mempunyai tiga koleksi basikal tua dan berhasrat menambah pada masa akan datang.