X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Permaisuri Selangor serah bantuan tablet kepada pelajar asnaf

Tengku Permaisuri Selangor (depan, tengah) bersama tetamu yang hadir selepas majlis berkenaan yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan, di sini. Foto: Ihsan Facebook Selangor Royal Office.
A
A

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Alat Bantuan Belajar kepada pelajar asnaf dan miskin di bawah kelolaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Selasa.

Menerusi kemaskini di Facebook Selangor Royal Office, majlis sumbangan tablet itu berlangsung di Istana Bukit Kayangan di sini dihadiri wakil 7,000 pelajar.

"Tujuan pemberian sumbangan ini adalah bagi meringankan bebanan pelajar dan keluarga terlibat dalam mengadaptasi norma baharu sesi persekolahan ketika ini," menurut pentadbir Facebook itu.

Hadir sama pada sesi penyerahan berkenaan ialah Pengerusi LZS Selangor, YAM Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!