‘Perkahwinan’ UMNO-Pas, bukti kedua-dua parti itu satu barisan: Nik Nazmi

 Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Pengelola Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan ‘perkahwinan ‘UMNO dan Pas mengesahkan kedua-dua parti itu sebenarnya satu barisan yang sama sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa itu lagi, pengumuman yang dibuat Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan juga jelas membuktikan penafian sejak sekian lama mengenai hubungan akrab kedua-dua parti itu ternyata benar.

“Selepas berbulan-bulan atau bertahun-tahun saling bersefahaman dan mengiyakan satu sama lain, UMNO dan Pas kini pada asasnya organisasi yang satu dan sama.

“Tetapi setelah didedahkan perjanjian kepimpinan Pas dengan UMNO membabitkan pampasan kewangan, nampaknya perkahwinan ini bukanlah kerana cinta semata-mata, tetapi perancangan komersial yang melibatkan pembayar dan penerima yang melakukannya dengan rela hati,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'UMNO-Pas dah bersanding' - Tok Mat

Dalam perkembangan sama, Nik Nazmi turut mendakwa, kerjasama antara kedua-dua parti itu hanya menyediakan retorik tanpa sebarang alternatif yang jelas kerana bersifat seperti parti politik kenegerian, bukannya nasional.

“Ia tidak jelas apa manfaat. Jika ada, percaturan baru akan membawa kepada masyarakat Melayu yang lebih luas memandangkan kedua-dua pihak baru-baru ini seolah-olah lebih peduli dengan bersusah-payah untuk kuasa politik, cuba membela dosa terdahulu dan cuba mencetuskan perasaan perkauman.

“Tindakan pemimpin UMNO dan Pas yang dipanggil ‘perkahwinan’ ini juga bermakna kedua-dua pihak telah berpaling dari semangat serta warisan tokoh-tokoh lama mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan BN tanda keikhlasan kerjasama UMNO-Pas