Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai dikenakan PKPD

Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa pada Rabu hingga 19 Oktober ini.Gambar hiasan
Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa pada Rabu hingga 19 Oktober ini.Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Satu lokaliti di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa pada Rabu hingga 19 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti tersebut membabitkan sebahagian Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai.

“Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti berikut.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Info grafik yang dikongsi oleh MKN pada Isnin.
Info grafik yang dikongsi oleh MKN pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata, PKPD melibatkan lokaliti di Ladang dan Kilang Sawit RMDC Sdn Bhd, Raub, Pahang akan dilanjutkan sehingga 19 Oktober ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, katanya, PKPD membabitkan Kampung Garib, Matunggong, Kudat, Sabah akan ditamatkan pada Selasa seperti yang dijadualkan.

“Selain itu, empat lokaliti di Pahang turut ditamatkan iaitu Kampung Dusun Pak Senam, Lipis, Felda Rentam, Felda Tementi dan Felda Sebertak, Bera.

“Setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa, PKPD akan ditamatkan di lokaliti tersebut,” ujar beliau.