Mayat remaja lemas ketika mandi pantai ditemui

Mayat Al Saeif diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Mayat Al Saeif diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
A
A
A

LABUAN - Remaja lelaki yang lemas ketika mandi bersama abang tirinya di Pantai Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) Sungai Pagar, di sini, ditemui awal pagi Isnin.

Mangsa, Al Saeif Manahan, 17, ditemukan pada jam 5.50 pagi dan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kedua diteruskan selepas laporan diterima pada Ahad.

Katanya, hasil pencarian pihak bomba dan ahli keluarga berjaya menemui mangsa kedua.

"Mangsa ditemui sekitar jam 5.50 pagi dan identiti mangsa telah dikenal pasti oleh ibu mangsa.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamat sepenuhnya pada jam 7.29 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai berkenaan pada Ahad.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa, Al Faiez Rizal Adnan, 23, bagaimanapun berjaya ditemukan selamat manakala adiknya hilang.