'Menangis, tak lalu makan pokok keladi dirembat pencuri'

Antara contoh-contoh pokok keladi Rozita Mohamed, 40, yang hilang kerana dicuri di Demit, Kota Bharu.
Antara contoh-contoh pokok keladi Rozita Mohamed, 40, yang hilang kerana dicuri di Demit, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Hasrat seorang wanita menambah kecantikan kediamannya tidak kesampaian apabila enam pasu pokok keladi hiasan pelbagai jenis yang ditanam di tepi rumahnya hilang dirembat pencuri dalam kejadian di Demit di sini pada Isnin lalu.

Rozita Mohamed, 40, berkata, kejadian disedarinya pada jam 1 tengah hari.

Katanya, ketika itu dia keluar untuk melihat landskap mini yang dibuat di tepi rumahnya yang terletak di tepi jalan utama namun terkejut enam pasu keladi miliknya hilang.

“Pokok keladi itu terdiri daripada pelbagai corak yang saya beli semasa pokoknya masih kecil dua tahun lalu.

“Sebahagian pula dihadiahkan oleh anak tiri saya sehari sebelum dicuri orang. Saya belum sempat siram,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Ujarnya, selepas menyedari kecurian itu, dia bersedih dan menangis sehingga tidak lalu makan sehari pada hari kejadian.

Laman tepi rumah yang bina lanskap mini dengan dihiaskan pokok-pokok keladi, namun hilang dicuri orang.
Laman tepi rumah yang bina lanskap mini dengan dihiaskan pokok-pokok keladi, namun hilang dicuri orang.

“Saya memang sayang pokok-pokok hiasan itu dan memulakan hobi menanam pokok bunga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan:

“Mula-mulanya hanya isi masa lapang dan lama-kelamaan jatuh cinta hingga menghias laman di tepi rumah dengan sebuah landskap mini,” katanya.

Dia mengalami kerugian yang dianggarkan RM1,200 akibat kecurian keladi-keladi tersebut.

“Saya tahu pokok keladi tular dan menjadi trend pada masa kini tetapi langsung tidak menjangka pokok keladi saya menjadi sasaran pencuri,” katanya.