X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Kes Covid-19 meningkat kepada 12,434 hari ini

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - Kes positif Covid-19 terus meningkat apabila 12,434 kes baharu dilaporkan setakat jam 12.30 tengah hari pada Rabu.

Kebanyakan negeri merekodkan peningkatan kes dengan Sarawak kekal melapor angka tertinggi iaitu 2,967 kes diikuti Selangor (1,362), Johor (1,289), Kelantan (1,125) dan Sabah (1,000).

Negeri yang mencatatkan jangkitan tiga angka adalah Perak (971), Pulau Pinang (863), Pahang (663), Kedah (652), Terengganu (612), Melaka (375) dan Negeri Sembilan (169), manakala Perlis (79), Putrajaya (18) dan Labuan (lima).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah itu, terdapat 207 kes adalah kategori tiga hingga lima.

"Sebanyak 12,227 kes lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua," katanya.

Menurutnya, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,232,960 kes.

"Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah 979 dan seramai 565 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 17,000 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhannya, 2,037,099 kes.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 15 kluster Covid-19 dikenal pasti membabitkan sembilan kluster tempat kerja dan enam kluster komuniti.

"Jumlah keseluruhan kluster adalah 5,462 dan 4,338 daripadanya telah diisytiharkan tamat manakala 1,124 masih aktif," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!