Polis lupus 2,236 barang kes perjudian, pelacuran

Muhammad Idzam (Kiri) melakukan gimik pelupusan barang kes di Pondok Polis Alam Damai di sini pada Selasa.
Muhammad Idzam (Kiri) melakukan gimik pelupusan barang kes di Pondok Polis Alam Damai di sini pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis melupuskan sebanyak 2,236 peralatan perjudian dan pelacuran serta rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sekitar Cheras membabitkan nilai RM150,000.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kesemua barangan kes yang dilupuskan itu membabitkan 86 kertas siasatan jenayah yang dibuka pihaknya sebelum ini.

"Kesemua barang kes yang dirampas itu membabitkan kes perjudian dan pelacuran serta rokok seludup sejak 2019 hingga 2020," katanya pada majlis pelupusan barang kes di Pondok Polis Alam Damai di sini pada Selasa.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius sebarang aktiviti membabitkan jenayah perjudian dan pelacuran.

"Kita memohon kerjasama daripada masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat di balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: