X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 22 Oktober 2021

'RMK12 paling sukar dalam sejarah'

Mustapa ditemui dalam sidang media selepas sesi taklimat berkenaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Bangunan Parlimen hari ini. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) merupakan pelan paling sukar dalam sejarah susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia.

Ujarnya, ia terbukti apabila pembentangan pelan itu terpaksa ditunda empat kali sebelum ini.

"Pandemik telah mengekang kemampuan kita untuk berbelanja kerana hasil kita menguncup tetapi dalam masa kita perlu berbelanja wang besar.

"Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk menangani krisis berkembar iaitu krisis ekonomi dan krisis kesihatan," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Isnin.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Mustapa turut memaklumkan RMK12 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat pada Isnin juga paling besar dalam sejarah.

Katanya, pada RMK11 lalu, sebanyak 260 bilion diperuntukkan dan kira-kira RM248 telah dibelanjakan.

"Jadi, dari segi peruntukan (RMK 12) memang terbesar iaitu RM400 bilion tetapi kita memang ada kekangan.

"Pertamanya, kebanyakan peruntukan ini untuk projek sambungan iaitu projek yang tidak siap dan sesetengahnya tidak mula pun lagi.

"Keduanya, kita ada perkara yang kita masukkan dalam pembangunan tersebut termasuk Felda,Tabung Haji untuk memulihkan kembali," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!