X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 25 Oktober 2021

Stadium Tertutup Gong Badak jadi PKRC baharu

Gambar hiasan. (Gambar kecil, Dr Kasemani)
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) baharu dibuka bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus dan mula beroperasi pada Ahad.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, keputusan kerajaan membuka PKRC baharu bukanlah bermaksud situasi Covid-19 di Terengganu semakin teruk.

Sebaliknya kata beliau, ia bagi menampung jumlah pesakit Covid-19 selepas tiga PKRC di Institut Pengajian Tinggi Awam ditutup sebagai persediaan menerima kemasukan pelajar untuk sesi pembelajaran secara bersemuka bermula 15 Oktober nanti.

"PKRC Stadium Tertutup Gong Badak beroperasi dengan kapasiti 1,200 katil dan tempat ini mempunyai kemudahan sesuai buat pesakit serta petugas," katanya kepada pemberita ketika dihubungi pada Ahad.

Sejak bulan lepas, tiga PKRC yang dibuka institut pengajian tinggi awam sudah ditutup secara berperingkat.

PKRC itu melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering di sini, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Nerus dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan di Besut.

Dalam pada itu, Dr Kasemani turut memaklumkan seramai 138,100 remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Terengganu layak menerima vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Jelas beliau, kesemua mereka yang layak akan menerima suntikan vaksin dos pertama selewat-lewatnya 6 Oktober depan.

"Daripada jumlah itu, seramai 101,000 remaja adalah pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan pelajar sekolah swasta.

"Sehingga semalam, seramai 30,494 orang remaja sudah menerima suntikan vaksin," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!