X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Op Samseng Jalanan: 117 saman dikeluarkan

A
A

KUANTAN - Polis Pahang mengeluarkan 117 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Samseng Jalanan sekitar sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis turut menyita 20 motosikal dalam operasi selama lapan jam bermula pukul 2 petang itu, yang memberi tumpuan kepada beberapa lokasi di sini, antaranya di Kampung Kempadang dan Beserah.

“Antara saman yang dikeluarkan melibatkan kesalahan tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu, tiada cukai jalan dan mengubah suai kenderaan," katanya kepada pemberita di sini lewat malam Sabtu.

Operasi yang disertai lebih 40 anggota dan pegawai polis itu turut menyaksikan 74 individu berusia antara 10 dan 28 tahun ditahan bagi tujuan dokumentasi sebelum dibebaskan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!