Program atasi denggi berkesan, gesa komuniti terlibat

Zulkifly (dua,kiri) bersama Adun Johor Jaya (empat, kiri) mengedarkan risalah kesedaran tentang denggi kepada penduduk di sekitar pangsapuri, semalam. (Gambar kecil: Zulkifly)
Zulkifly (dua,kiri) bersama Adun Johor Jaya (empat, kiri) mengedarkan risalah kesedaran tentang denggi kepada penduduk di sekitar pangsapuri, semalam. (Gambar kecil: Zulkifly)
A
A
A

BANDAR SERI ALAM - Program Gotong Royong 12 minggu ternyata membuahkan hasil selepas diaplikasi di 20 kawasan sekitar daerah Johor Bahru.

Ketua Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Zulkifly Musa berkata, trend penurunan direkodkan sehingga 80 peratus di lokasi-lokasi tersebut.

"Kita laksanakan gotong royong selama 12 minggu sebab nak hapuskan denggi ini kita tak boleh buat sekali. Kita kena buat secara berkala.

"Sejak 2018 sehingga hari ini, sebanyak 20 lokaliti yang telah menjalankan program ini bersama kami. Alhamdulillah selepas tamat program, 80 peratus daripada tempat-tempat 'hotspot' ini tiada lagi kes baharu," katanya ketika ditemui pada program tinjauan bersama Adun Johor Jaya, Liow Cai Tung di Pangsapuri Seri Ilham, semalam.

Setakat ini, program tersebut yang dicetuskan di Selangor itu akan menumpu kepada daerah ini susulan rekod kes paling tinggi dicatatkan di Johor dengan 2,000 kes bagi dua bulan pertama ini.

Tegasnya, kebersihan kawasan sekitar merupakan tanggungjawab bersama yang perlu diambil peduli oleh setiap individu. Kata Zulkifly, komuniti terlibat akan diajar cara membuat perangkap nyamuk dengan kos 6 sen sahaja di rumah masing-masing.

"Ini tanggungjawab bersama jadi ssetiap ketua keluarga, pemimpin malah wakil rakyat perlu terlibat sama supaya semua orang sedar permasalahan di kawasan masing-masing.

"Program ini bukan saja untuk hapuskan denggi malah ruang untuk eratkan hubungan kejiranan dan memperkasakan komuniti supaya boleh bertindak tanpa mengharapkan agensi kerajaan sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan: