Pelajar di Johor paling berisiko terdedah dadah: Exco

Ramakrishnan (duduk, tengah) bersama peserta ketika merasmikan program Kem Pintar 2.0, semalam.
Ramakrishnan (duduk, tengah) bersama peserta ketika merasmikan program Kem Pintar 2.0, semalam.
A
A
A

MERSING - Pelajar sekolah di Johor paling terdedah dengan masalah dadah apabila statistik menunjukkan pelajar di negeri ini paling tinggi dikesan berisiko berbanding empat negeri lain.

Exco Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Dr S Ramakrishnan berkata, statistik 2018 hasil maklumat dari program perangi dadah habis-habisan 3.0 menunjukkan seramai 158,092 pelajar di Johor berisiko kepada masalah dadah.

Menurutnya, ia diikuti Selangor seramai 153,207 pelajar, Perak 108,467 pelajar, Kedah 89,019 pelajar dan Pulau Pinang seramai 82,396 pelajar.

"Johor nombor satu oleh sebab itu Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) mengambil berat dan tiap tahun menganjurkan program ini untuk dedahkan murid dengan gejala dadah.

"Peserta juga terdiri daripada murid sekolah rendah yang akan ke sekolah menengah yang mana akan terdedah dengan masalah ini.

"Mereka diberi pendedahan agar sedar masalah yang berlaku. Tambahan pula ia masalah yang berat jika sesiapa yang tersangkut dengan masalah ini akan memusnahkan diri sendiri, keluarga dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Kem Program Intelek Asuhan Rohani (Pintar 2.0) di Kem Teluk Gorek, semalam.

Tambahnya, bagi pelajar di Mersing pada tahun lalu menyaksikan empat orang positif dadah berbanding dua orang tahun sebelumnya sekali gus menunjukkan peningkatan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, daerah ini turut mempunyai faktor-faktor berisiko menyebabkan terdedah kepada gejala tersebut terutamanya golongan nelayan.

"Ini merupakan kem pertama kali dianjurkan melibatkan anak orang asli kerana orang asli mereka juga golongan berisiko tinggi dalam hal dadah.

"Mereka kumpulan berisiko kerana nelayan kerja dekat pantai jadi mereka terdedah dengan masalah ini. Sebab itu kem ini melibatkan pelajar orang asli yang mana bertujuan kita mahu mereka kenali bahaya dadah," katanya.