Ibu bapa bertanggungjawab pastikan anak divaksinasi

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
A
A
A
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab untuk memastikan anak mereka diberi vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, antara yang perlu dilakukan adalah membaca dan memahami maklumat mengenai vaksin Pfizer sebelum menandatangani dua salinan borang kebenaran vaksinasi.

"Serahkan borang kepada anggota kesihatan pada masa hari janji temu," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Rabu.

Menurutnya, selain daripada membawa anak ke PPV mengikut jadual vaksinasi yang ditetapkan, ibu bapa jugaberperanan memaklumkan pihak sekolah sekiranya anak tidak sihat atau tidak dapat

hadir.

"Salah seorang ibu, bapa atau penjaga diminta menemani remaja ke tempat vaksinasi bagi tujuan mengesahkan status kesihatan anak pada hari vaksinasi, memberi kebenaran intervensi sekiranya diperlukan dan mengawasi status kesihatan anak selepas tamat tempoh pemerhatian oleh petugas kesihatan," kata beliau.

Tambahnya, bagi ibu bapa yang tidak boleh hadir ia perlu mengisi Borang Perwakilan Ibu bapa atau Penjaga kepada individu membawa remaja menerima vaksin Covid-19.

"Bagi mendapatkan sijil digital vaksinasi untuk anak, ibu atau bapa dan penjaga kepada remaja digalakkan mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan di dalam MySejahtera.

"Remaja yang mempunyai telefon pintar juga boleh mendaftar MySejahtera atas nama mereka," katanya.

Artikel Berkaitan: