Kebakaran lima premis ada unsur khianat

Lima premis yang terbakar pada 11 September lalu bukan disebabkan litar pintas.
Lima premis yang terbakar pada 11 September lalu bukan disebabkan litar pintas.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang tidak menolak kemungkinan kebakaran membabitkan lima premis perniagaan di Padang Lalang 11 September lalu ada unsur khianat.

Kejadian yang berlaku pada jam 4.40 pagi itu menyebabkan 95 peratus premis berkenaan terbakar.

Pengarah JBPM Pahang, Wan Mohd Zaidi Wan Isa berkata, hasil siasatan bukan disebabkan litar pintas atau punca lain, sebaliknya mungkin di bakar oleh pihak tertentu.

Justeru beliau memberitahu, pihaknya akan menyerahkan laporan siasatan kejadian itu kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau menjelaskan, dalam kejadian itu, sebanyak 16 kenderaan pelbagai jenis termasuk dua jentera angkat susun (forklift) musnah.

Katanya, pelbagai peralatan termasuk kabel Telekom Malaysia (TM) Berhad dan beberapa unit enjin kuasa elektrik milik syarikat kontraktor TM turut musnah dalam kejadian berkenaan.

"Kita yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Bomba juga akan memberi perhatian serius dalam melakukan siasatan punca kebakaran yang berlaku di negeri ini dan kepakaran anggota pasukan forensik JBPM Pahang juga tidak perlu dipertikaikan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: