DBKL sita tujuh premis perniagaan warga asing di Selayang

DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan, meneruskan lagi Tindakan Pasar Harian Selayang di Kuala Lumpur.
DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan, meneruskan lagi Tindakan Pasar Harian Selayang di Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita tujuh premis perniagaan kendalian warga asing dalam operasi Tindakan Pasar Harian Selayang di ibu negara.

DBKL dalam satu kenyataannya berkata, tindakan penguatkuasaan diambil di bawah kaedah 16 (1) dan Undang-udang kecil 3(1).

"DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan, meneruskan lagi Tindakan Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur.

"Menerusi tindakan kali ini, tujuh aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing telah disita dan 17 notis telah dikeluarkan.

"Tindakan penguatkuasaan diambil di bawah kaedah 16 (1) dan Undang-udang kecil 3(1)," kata DBKL menerusi kenyataan di laman Facebooknya.

Semua barangan dan peralatan perniagaan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL dekat Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk rekod dan simpanan sementara.

DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.