X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Pejabat kerajaan Sabah dibenar beroperasi kapasiti 80 peratus

Masidi
A
A

KOTA KINABALU - Semua pejabat kerajaan negeri Sabah dibenar beroperasi pada kapasiti 80 peratus petugas bekerja di pejabat berkuat kuasa Selasa, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Bagaimanapun, beliau yang juga jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, 20 peratus petugas pula dikehendaki bekerja dari rumah.

"Semua kakitangan yang hadir ke pejabat, dan semua pelanggan serta pengunjung pejabat kerajaan terlibat hendaklah telah lengkap divaksin," katanya dalam kenyataan malam Isnin.

Mengenai sukan golf, Masidi berkata, kerajaan negeri memberi kebenaran dua pemain golf berkongsi sebuah buggy dengan syarat terdapat pemisah antara dua pemain tersebut yang juga berkuat kuasa Selasa.

"Semua pemain hendaklah juga telah lengkap divaksin dan mempunyai status risiko rendah pada aplikasi MySejahtera," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Sabah pada Isnin merekodkan 1,255 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 186,832 kes dengan 19 kes kematian dilaporkan, manakala 2,129 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 162,543 sembuh, dan 3,959 pesakit masih dirawat. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!