X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Enam PPV di Johor Bahru dibuka untuk 'walk-in'

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A

JOHOR BAHRU - Lima pusat pemberian vaksin (PPV) di daerah ini telah dibuka untuk vaksinasi secara 'walk-in' atau jumpa terus bermula Isnin dalam usaha mempercepatkan pemberian vaksin Covid-19 di negeri ini, kata Pegawai Daerah Johor Bahru Datuk Abdul Rahman Salleh.

Beliau berkata, PPV Taman Nusantara, Gelang Patah; PPV Iskandar Malaysia Studios (IMS), Iskandar Puteri; PPV Midvalley Southkey, Johor Bahru; PPV Taman Mawar, Pasir Gudang akan dibuka selama empat hari sehingga 24 Sept manakala PPV Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin dibuka sehingga 30 September.

Menurut Abdul Rahman, satu lagi PPV iaitu PPV Dewan Muafakat Johor Taman Adda akan dibuka pada 23 dan 24 September.

Beliau berkata, langkah itu diambil untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada penduduk terutamanya yang tinggal di Johor Bahru bagi mencapai sasaran 100 peratus penduduk daerah itu sekurang-kurangnya menerima suntikan satu dos.

Setakat 18 September, kadar vaksinasi dos pertama di daerah itu adalah 96.8 peratus.

“Inisiatif vaksinasi 'walk-in' ini adalah berdasarkan kaedah ‘first come, first served’ dan bertujuan untuk memberi ruang kepada penduduk yang masih belum mendapat janji temu dan belum mendaftar melalui aplikasi MySejahtera serta penduduk tercicir untuk mendapatkan dos kedua atas sebab-sebab tertentu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kesemua PPV walk-in berkenaan menawarkan 300 dos hingga 1,000 dos vaksinasi sehari mengikut kapasiti masing-masing. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!