Rameli mungkin juga kenal Tun M, Anwar : Takiyuddin

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

KOTA BHARU – Pas bingung memikirkan kaitan parti berkenaan dengan seorang ahli perniagaan, dikenali Datuk Seri Rameli Musa.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau mengenali Rameli namun tidak mengetahui kaitannya dengan perjalanan parti.

Sebelum ini katanya, Pas juga tidak mempunyai sebarang sabitan dengan isu pembayar kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sebanyak RM1.4 juta apatah lagi mengadakan hubungan dengan Rameli.

“Kalau sebelum Rameli kata dia kenal Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau juga mungkin kenal Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

“Berhubung gambar itu, biar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli jawab,” katanya, selepas Majlis Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Kelantan sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V, Yang Ke49 di Istana Balai Besar, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu ini turut tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.

Takiyuddin berkata demikian selepas ditanya berhubung pendedahan gambar yang dimuat naik oleh Razifi berhubung Pertemuan Abdul Hadi dengan Rameli, kelmarin.

Selasa minggu lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Pas membayar sebanyak RM1.4 juta kepada Clare berhubung penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah difailkan Abdul Hadi.

Artikel Berkaitan:

Sehari selepas itu, blog Sarawak Report memuat naik beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia serta cek Bank Islam yang mengesahkan wang bernilai RM1.4 juta.

Kesahihan nombor akaun bank yang tertera pada cek tersebut bagaimanapun dipertikai oleh Pas dan memaksa Rafizi mengambil langkah menyiasat, sebelum mendapati akaun terbabit benar-benar wujud di bawah pemilik akaun seorang pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).