Harga telur tidak menentu

Harga telur di sebuah pasaraya.( Gambr kecil: Suresh menunjukkan gred telur yang dijual di kedainya.)
A
A

JOHOR BAHRU – Harga telur tidak menentu meskipun ia merupakan barangan kawalan. Rata-rata kedai mahupun pasar raya menjualnya dengan harga berbeza yang ada kalanya mempunyai kenaikkan dan penurunan harga ketara mengikut gred telur.

Pemilik kedai runcit, C Suresh, 35 memberitahu, kedainya hanya menjual telur gred B sahaja yang mana kebiasaannya harga jualan bergantung kepada pihak pembekal.

“Macam minggu lepas saya ambil harga telur gred B tinggi dan kami jual 45 sen sebiji. Bagaimanapun, berbeza pada hari ini apabila turun kepada 40 sen sebiji.

“Sudah lama juga harga telur tidak turun. Biasanya di kedai runcit, kebanyakkan pelanggan selalu beli pada kadar 10 biji pada satu-satu masa. Pelanggan pun sudah semakin faham, sebab harga telur tidak tentu, tetapi ianya adalah barang keperluan dan terpaksa membelinya,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja sebuah kedai pemborong yang enggan dikenali memaklumkan pihaknya hanya mengambil telur gred A dan C sahaja dan harganya turut bergantung kepada pihak pembekal.

“Harga telur bergantung kepada pasaran. Biasanya kedai kami hanya menjual telur 30 biji atau sepapan sahaja.

“Bagaimanapun berlaku kenaikkan harga telur pada minggu lalu. Kalau minggu lepas harga telur untuk gred A bagi 30 biji adalah RM11.80, kini naik kepada RM12.50.

“Manakala, harga telur gred C pula dari RM11.20 naik kepada RM12,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan harga di sebuah pasaraya mendapati gred A sepapan dijual pada harga RM12.89, gred B pula sepapan 12.59, gred C sepapan RM12.29 dan gred D sepapan RM11.69,” katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia