Pele tidak lagi dirawat di ICU

Pele - Foto AFP
Pele - Foto AFP
A
A
A

LEGENDA bola sepak Brazil, Pele dibenarkan keluar dari unit rawatan rapi (ICU) dari sebuah hospital di Sao Paulo pada Selasa selepas dibedah bagi membuang tumor pada badannya.

Menurut buletin Hospital Albert Einstein, bekas pemain bola sepak terkenal itu kini dirawat di sebuah bilik lain di hospital tersebut.

Dalam pada itu, Pele, 80, mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang menghantar ribuan mesej kepadanya menerusi laman Instagram.

Pada Isnin lalu, anak perempuannya, Kely Nascimento mengemas kini tentang perkembangan legenda bola sepak tersebut di media sosial dengan menyiarkan gambar bekas pemain tersebut yang sedang tersenyum.

Sebelum ini, tumor tersebut dikesan pada tubuhnya semasa dia menjalani ujian perubatan, kata hospital tersebut.

Kesihatan Pele merosot sejak beberapa tahun lalu.

Dia merupakan satu-satunya pemain yang berjaya menggondol tiga Piala Dunia untuk Brazil iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Pele kian pulih selepas pembedahan buang tumor

Artikel Berkaitan:

Legenda bola sepak Pele jalani pembedahan usus