X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Legenda bola sepak Pele jalani pembedahan usus

Pele pada Isnin mengesahkan telah menjalani pembedahan usus. Foto CNN
A
A

LEGENDA bola sepak Brazil yang memenangi tiga kali piala dunia, Pele pada Isnin mengesahkan telah menjalani pembedahan usus, lapor Sputnik.

Pele dimasukkan ke hospital untuk menjalani saringan kesihatan di Hospital Albert Einstein di Sao Paulo pada 31 Ogos dan didapati mempunyai tumor.

"Terima kasih buat mereka yang mendoakan. Saya bersyukur kerana masih di dalam keadaan yang baik dan berpeluang dirawat oleh Dr Fabio dan Dr Miguel.

“Sabtu lalu saya menjalani pembedahan membuang tumor di usus kanan.

“Saya akan harungi ujian ini dengan senyum, optimis dan gembira dikelilingi keluarga tercinta dan sahabat handai," katanya menerui akaun Instagramnya.

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman itu bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-81 pada Oktober. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!