Jurulatih angkat berat negara meninggal dunia di Thailand

Jurulatih angkat berat kebangsaan, Sakchai Titajaree meninggal dunia di Thailand. Facebook Ayub
Jurulatih angkat berat kebangsaan, Sakchai Titajaree meninggal dunia di Thailand. Facebook Ayub
A
A
A

SUKAN angkat berat negara menerima khabar duka selepas jurulatih kebangsaan, Sakchai Titajaree meninggal dunia di Thailand.

Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Sakchai menghembuskan nafas terakhir di hotel penginapannya ketika berada di Thailand untuk mengendalikan dua atlet Program Road to Gold (RTG), Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin bagi memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Sakchai merupakan antara individu penting dalam persiapan Aniq dan Aznil yang menjadi sandaran negara untuk merealisasikan impian melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian jurulatih berkenaan yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat sukan angkat berat Malaysia.

"Sukan angkat berat Malaysia sekali lagi menerima berita duka, Jurulatih RTG Kebangsaan meninggal dunia di Chondbury Thailand.

"Salam Takziah. Rest in peace Coach Sakchai," katanya dalam satu hantaran di laman facebook miliknya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!