Pele kian pulih selepas pembedahan buang tumor

Pele menyatakan dia berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan membuang tumor kolon. - Foto AFP
Pele menyatakan dia berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan membuang tumor kolon. - Foto AFP
A
A
A

LEGENDA bola sepak Brazil, Pele pada Rabu menyatakan dia berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan membuang tumor kolon.

"Saya kian pulih dengan baik," katanya yang berusia 80 tahun dalam satu mesej yang disiarkan di media sosial seperti dilaporkan oleh AFP.

Pembedahan membuang tumor itu dilakukan di sebuah hospital di Sao Paulo pada Sabtu lalu.

Pihak hospital yang merawatnya mendedahkan pada Isnin lalu bahawa bekas pemain bola sepak Brazil itu sedang dalam proses pemulihan di sebuah unit rawatan rapi (ICU).

Namun, dalam kemas kini tentang kesihatan Pele pada Rabu, pihak hospital tidak menyatakan sama ada dia masih lagi dirawat di unit ICU atau sebaliknya.

Menurut Hospital Albert Einstein, tumor tersebut dikesan semasa pemeriksaan kesihatan dilakukan ke atas bekas legenda bola sepak itu.

Pele merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang berjaya membantu Brazil memenangi tiga Piala Dunia iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970. - Agensi

Artikel Berkaitan: