X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Masalah limpahan air di Jalan Gebeng akan diselesaikan segera

Isu sistem saliran yang menyebabkan berlaku limpahan air di Jalan Gebeng berhampiran Bukit Pengorak yang dibangkitkan Andansura disiarkan Sinar Harian pada Jumaat minggu lalu.
A
A

KUANTAN - Masalah sistem saliran yang menyebabkan berlaku limpahan air di Jalan Gebeng berhampiran Bukit Pengorak di sini akan diselesaikan segera dengan kerjasama pelbagai pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata, pihak terlibat telah mencapai kata sepakat untuk berkerjasama bagi menyelesaikan masalah itu pada perbincangan khas yang diadakan pada Selasa.

Menurutnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuantan akan menyediakan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikkan sistem saliran di kawasan tersebut dan akan dilaksanakan kontraktor dilantik Roadcare (M) Sdn Bhd.

"Kerja-kerja pembaikkan sistem saliran itu perlu diberi perhatian dan mendapat kerjasama pelbagai pihak kerana terdapat laluan paip gas, air dan bahan kimia selain kabel elektrik serta telekomunikasi bawah tanah di kawasan itu.

"Faktor ini antara sebab kontraktor pembaikan, penyelenggaraan dan pembersihan menghadapi kesulitan untuk melakukan kerja-kerja di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya pada Selasa.

Andansura berkata, semua pihak berkepentingan dijangka turun padang bagi meninjau lokasi sekali gus membantu melancarkan perancangan kerja-kerja pembaikkan itu pada Rabu.

"Terima kasih kepada kesemua jabatan, agensi serta syarikat termasuk JKR, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Perbadanan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) yang menghantar wakil dalam perjumpaan hari ini.

"Begitu juga kepada pihak Roadcare (M) Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad, Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd, RP Chemicals (M) Sdn Bhd, MTBE (M) Sdn Bhd, ZCM Minerals Sdn Bhd dan YS Makmur Sdn Bhd yang bersedia untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.

Isu jalan tersebut yang sentiasa digenangi air dibangkitkan Andansura selepas beliau turun padang meninjau lokasi bagi mengenalpasti punca masalah itu pada Khamis minggu lalu.

Hasil tinjauan beliau mendapati masalah itu berkemungkinan berpunca daripada aktiviti sebuah tapak penyimpanan dan pemprosesan bijih besi berhampiran yang mana aliran air dari operasi mereka memasuki longkang awam dengan membawa bersama pasir dan tanah hingga berlaku mendapan.

Struktur saliran air yang tidak sempurna dan longkang jarang diselenggarakan memburukkan lagi keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu jalan di Gebeng perlu kerjasama semua pihak


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!