Pemandu MPV tinggalkan 1.2 tan beras seludup

Seorang lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sarat mengandungi 1.2 tan beras seludup selepas dikejar polis pada Jumaat.
Seorang lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sarat mengandungi 1.2 tan beras seludup selepas dikejar polis pada Jumaat.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sarat mengandungi 1.2 tan beras seludup selepas dikejar polis pada Jumaat.

MPV jenis Nissan Grand Livina itu ditemui polis pada jam 6 pagi berhampiran persimpangan lampu isyarat Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong, di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisoner Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, hasil pemeriksaan ke atas MPV itu pihaknya telah menjumpai 1.2 tan beras seludup pelbagai jenama yang dianggarkan berjumlah RM4,200.

"Nilai keseluruhan rampasan beras termasuk MPV itu dianggarkan berjumlah RM39,200," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, semasa melakukan rondaan cegah jenayah anggota bertugas telah terserempak dengan sebuah MPV yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, anggota bertugas telah mengarahkan pemandu MPV itu untuk berhenti bagi membuat pemeriksaan.

Bagaimanapun katanya, pemandu MPV itu telah bertindak memecut laju bagi mengelak ditahan.

"MPV itu kemudian dijumpai di tepi jalan dengan pintu sebelah tempat duduk pemandu dalam keadaan terbuka.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan ke atas MPV itu telah membawa kepada penemuan beras yang dipercayai diseludup dari Thailand," katanya.