Guna satu logo: Pandangan rakan komponen BN diambil kira

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan dua parti besar Melayu UMNO dan Pas menggunakan satu logo sebagai persiapan menghadapi PRU15 perlu diteliti secara mendalam.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu merupakan sebahagian daripada BN dan pandangan daripada rakan komponen seperti MCA dan MIC perlu diambil kira.

"Sebelum ini kerjasama antara UMNO dengan Pas berlangsung secara umum dan mengejut. Sebagai contoh bila berlaku PRK, baharu kita berbincang siapa bertanding, siapa terlibat atau tidak terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: 22 pimpinan UMNO-Pas anggotai Jawatankuasa Perundingan

Pas, UMNO guna satu logo dalam PRU15?

"Untuk masa depan kita tidak tahu, mungkin kerjasama UMNO dan Pas selepas ini akan pergi lebih jauh. Mungkin kita akan kekalkan nama BN atau lahirkan satu gabungan baharu. Ia pernah berlaku pada tahu 1970-an di mana daripada Perikatan kita wujudkan BN," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, Takiyuddin ketika ditanya adakah UMNO dan Pas akan menggunakan satu logo pada PRU15 berkata, ia adalah perancangan kedua-dua parti dan akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan UMNO-Pas.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berpendapat, mesyuarat jawatankuasa tersebut bakal melakar sejarah kerana dua parti orang Melayu akan memperkemaskan kerjasama dari pelbagai aspek pengukuhan dan pendekatan.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang paling penting adalah kita terus berjuang untuk rakyat menentang rejim PH telah menyusahkan rakyat. Apa sahaja perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat akan kita perjuangkan," katanya.

Ditanya adakah mesyuarat jawatankuasa itu turut disertai MCA dan MIC, beliau berkata, ia hanya melibatkan UMNO dan Pas.

"Antara perkara yang akan dibicangkan kedua-dua parti nanti adalah meralisasikan agenda penyatuan ummah dengan segera," katanya.