Daftar dulu sebelum 'walk-in' PPV Wisma Belia

Hebahan mengenai tempahan slot untuk imunisasi secara 'walk-in' di PPV Wisma Belia, Kuantan bermula 13 September ini.
Hebahan mengenai tempahan slot untuk imunisasi secara 'walk-in' di PPV Wisma Belia, Kuantan bermula 13 September ini.
A
A
A

KUANTAN - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Wisma Belia di sini akan melaksanakan vaksinasi secara 'walk-in' pada 13 hingga 19 September ini.

Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Norasmaliza Ku Lah bagaimanapun berkata, mereka yang berminat perlu mendaftar terlebih dahulu bagi menempah slot menerusi sistem janji temu.

Beliau berkata, kaedah itu dilakukan bagi mengelak kesesakan di PPV berkenaan, sekali gus dapat mengawal penularan wabak Covid-19.

"Kita menggalakkan orang ramai membuat pendaftaran melalui ‘Google Form’ menerusi capaian https://www.picktime.com/slotvaksincovidpkdkuantan.

“Pemohon boleh memilih tarikh, masa dan slot seperti dinyatakan dalam Google Form. Hanya pemohon yang mendaftar sahaja layak mengikut janji temu yang dibuat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, walaupun ia berkonsepkan 'walk-in', namun tempahan awal perlu dilakukan supaya proses vaksinasi berjalan lebih sistematik dan efisien.

"Sehingga kini seramai 66,672 penerima sudah berdaftar namun masih belum disuntik vaksin bagi daerah berkenaan.

“Selain itu, melalui sistem janji temu membolehkan pegawai kesihatan menyediakan vaksin tersebut mengikut bilangan hari yang diperlukan,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan: