Dua lokasi di Selangor lepasi paras bahaya - JPS

SHAH ALAM – Paras air di dua lokasi di Selangor direkodkan melepasi tahap bahaya dengan trend menaik pagi ini, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Di Pintu Air Pekan Tanjung Karang, Kuala Selangor, paras air mencatatkan 2.36 meter, melepasi tahap bahaya 2.30 meter sebanyak 0.06 meter dengan trend menaik setakat jam 5.45 pagi pada Khamis.
Bacaan hujan di lokasi berkenaan direkodkan sifar milimeter pada tarikh dan waktu sama.
Sementara itu, paras air Sungai Selangor di Jeti Teluk Penyamun, Kuala Selangor mencapai 3.31 meter, melepasi tahap bahaya 3.10 meter sebanyak 0.21 meter dengan trend menaik setakat jam 5.30 pagi.
Bagaimanapun, tiada stesen hujan direkodkan di lokasi berkenaan.
Dalam perkembangan sama, JPS melaporkan satu lokasi melepasi tahap amaran, manakala tiga lokasi lain melepasi tahap waspada di negeri ini.
Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat mencatatkan paras air 4.07 meter, melepasi tahap amaran 3.80 meter sebanyak 0.27 meter dengan trend menurun setakat jam 5.45 pagi.
Bacaan hujan di lokasi itu direkodkan sifar milimeter pada waktu sama.
Sungai Kapar Kechil di Kampung Perepat, Kapar, Klang pula mencatatkan paras air 0.72 meter, melepasi tahap waspada 0.60 meter sebanyak 0.12 meter dengan trend tidak berubah setakat jam 6 pagi.
Bacaan hujan di lokasi berkenaan turut direkodkan sifar milimeter.
Selain itu, Sungai Selangor di Kampung Lubuk Jaya, Kuala Selangor merekodkan paras air 1.80 meter, melepasi tahap waspada 1.75 meter sebanyak 0.05 meter dengan trend menurun setakat jam 6 pagi.
Bacaan hujan di lokasi itu direkodkan sifar milimeter pada waktu sama.
Sungai Bernam di Jambatan SKC, Hulu Selangor pula mencatatkan paras air 18.13 meter, melepasi tahap waspada 18.10 meter sebanyak 0.03 meter dengan trend menaik setakat jam 5.45 pagi.
Bacaan hujan di lokasi berkenaan turut direkodkan sifar milimeter.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

