X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Polis cari lelaki Rohingya guna anak minta sedekah

Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesan seorang lelaki warga Rohingya bagi membantu siasatan kerana dipercayai menggunakan anaknya untuk meminta sedekah di sekitar Chow Kit.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kegiatan suspek itu dikesan selepas dia melarikan anak perempuannya ketika sedang ditemubual pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, pihak JKM menemubual kanak-kanak tersebut selepas menerima maklumat mangsa yang berumur empat tahun itu dilihat bersama neneknya mengemis di sekitar Chow Kit.

Siti Kamsiah
Siti Kamsiah

"Siasatan awal mendapati suspek dan keluarganya merupakan warga Rohingya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil untuk membantu polis," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Dalam pada itu, mengulas sama ada wujud elemen penderaan terhadap mangsa, Siti Kamsiah berkata, siasatan akan dijalankan di bawah kesalahan penderaan sekiranya terdapat elemen itu terhadap mangsa.

"Sekiranya suspek berjaya ditangkap dan mangsa ada elemen penderaan, baru pihak polis akan jalankan siasatan di bawah kesalahan penderaan.

"Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 32(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 pindaan 2016," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!